Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Tuesday 16 August 2011

Dimana Semangat Patriotik kita?


Hari berganti hari tahun berganti tahun, akhirnya tidak lama lagi genaplah kemerdekaan negara kita yang ke-54 pada tahun 2011. Sihitam berasa sungguh bersyukur hidup di negara yang aman dan makmur ini. Tidak seperti negara lain, yang suasana dan keadaan disana penuh pertumpahan darah dan kacau bilau. Kita patut bersyukur.

Cuba kita renungkan, menjelangnya bulan kemerdekaan pada tahun ini, berapa ramaikah rakyat Malaysia yang memasang bendera jalur gemilang di kereta ataupun menggantungkannya di rumah? boleh dibilang dengan jari, malah boleh dikatakan tidak ada lansung. Nampaknya semangat patriotik yang ada dalam rakyat malaysia kini tidak setebal dulu yang mana kita dapat rasakan suasananya. Setiap kali musim kemerdekaan kita dapat rasakan kemeriahannya pada masa itu.

Megah Berdiri si jalur Gemilang

Pada pandangan sihitam, jangankan hendak menampal bendera, ada yang x tahu kemerdekaan yang disambut pada tahun ini adalah yang keberapa? kalau itu pun x tahu, apatah lagi mengenai sejarah kemerdekaan dan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. Malah lebih malang lagi ada yang malu menjadi rakyat Malaysia. Spesis ni patut dihalau dari negara ni, bagi sihitam la. Sehitam-hitam kucing pon bersyukur jadi rakyat Malaysia.

Kita patut bersyukur dan menghargai usaha pejuang-pejuang kemerdekaan zaman dulu-dulu, tanpa mereka, kita takkan berada sepertimana kita berada sekarang. Betapa mereka sanggup mengorbankan diri demi melihat anak cucu mereka mengecapi keamanan seperti apa yang kita rasa sekarang.

Dari kiri Haji abdul hamid hamzah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan leftenan  Adnan

Kalau nak diceritakan, terlalu ramai tokoh-tokoh atau pejuang kemerdekaan yang bangun menentang penjajah, samaada korang kenal atau tidak gambar diatas tu. Dari yang kita kenal hinggalah orang-orang biasa tanpa nama yang berjuang menentang penjajah. Semangat waja seperti inilah yang kita mahukan. Bukan macam bebudak sekarang, kalau berjuang pon, berjuang demi merebut pasangan..ini lansung x boleh pakai kalau macam tu.


Terlalu ramai yang terkorban dalam misi berjuang menentang musuh, sihitam berasa bangga mempunyai pahlawan seperti mereka. Nama dan perjuangan mereka dikenang dan diabadikan di tugu kat atas tu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka. korang patut malu sebab kucing hitam macam sihitam ni pon reti dan mengerti apa itu semangat patriotik dan kemerdekaan.


Ayuh kita sama-sama mengibarkan jalur gemilang dan tanamkan semangat cintakan negara, kita perlu bersatu, kita perlu berasa sensitif apabila maruah dan kedaulatan negara kita dipijak. Negara ini akan jadi cemerlang, gemilang dan terbilang dengan usaha kita semua..Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 pada 31 ogos ini.

p/s Tahun ni cantik, Ramadhan kena pada bulan ogos, 1 ogos bersamaan 1 Ramadhan....hehehe

Monday 15 August 2011

Bazar Ramadhan Lubuk Rezki


 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Sehitam Kucing. Sudah 15 hari kita berpuasa, sudah setengah bulan juga kita berpuasa. Di bulan yang penuh barakah ini, terdapat seribu rahmat dan keberkatan daripada tuhan yang esa antaranya Doa kita mustajab dan diberi ganjaran pahala yang berganda buat yang beramal di bulan ini.

Sebut tentang berpuasa pastinya pelbagai juadah yang muncul dan timbul dibulan ramadhan ni dan banyak pula yang mengambil kesempatan untuk menambah pendapatan dengan berniaga dan sememangnya ianya sangat menguntungkan. Buat peniaga dan pembeli, pastinya target mereka adalah di bazar Ramadhan untuk menjual dan membeli juadah berbuka puasa masing-masing

Bagi Sihitam pastinya status bujang sihitam ni memaksa sihitam untuk membeli juadah berbuka puasa dan sememangnya pelbagai gerai dan jenis makanan dapat kita beli disitu. Bagi sihitam boleh dikatakan peniaga memperolehi keuntungan berganda daripada hasil perniagaan di bazar. Bayangkan ratusan manusia berkunjung dan membeli di bazar pada setiap hari, malah suasana di bazar x pernah lengang daripada kunjungan manusia.


Boleh dikatakan tidak rugi lah jugak bagi peniaga mengeluarkan kos untuk membuat dan memaparkan banner bagi perniagaan masing-masing, selain ianya menampakkan tahap kesungguhan peniaga untuk berniaga dan sedikit sebanyak memberikan tarikan dan minat bagi pembeli untuk membeli makanan yang dijual mereka. Sihitam berasa yakin dan tertarik dengan gerai yang memasang banner untuk perniagaan mereka.

Apapun untuk si bujang macam sihitam ni, makan bazar adalah destinasi yang tepat untuk sihitam, masing-masing dapat rezki. Sihitam dapat makanan dan peniaga dapat keuntungan. Hehe apapun memang tepatlah bazar ramadhan merupakan sumber rezki terbesar bagi peniaga di bulan Ramadhan. 

Bawah ni gambar banner yang membuatkan peniaga kelihatan profesional dan bersungguh-sungguh.




P/s korang rajin ke bazar x??




Saturday 13 August 2011

Kurma Bersalut Coklat, Lazatnya!



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena bulan Ramadhan ni sihitam nak tunjuk la sikit resepi kuih muih yang ada iaitu kurma bersalut coklat. Ehem mungkin ianya sesuatu perkara yang agak baru bagi korang atau mungkin korang dah alert lama dah menda ni. Tapi yang pasti namanya pon dah rasa macam sedap..nyum nyum sihitam suka.

Zaman sekarang macam-macam jenis kuih yang lahir dan menjelma, al-maklumlah dunia dah maju banyak variasi kuih diwujudkan. Agak-agak korang, apa ye rasanya kurma bersalut coklat ni. Sedap or x sedap? tapi yang pastinya si penggemar kurma cukup pantang bile dengar perkataan kurma dan lebih-lebih lagi ianya merupakan kuih raya kurma bersalut coklat.

Bagi bebudak yang x suka makan kurma ni, of kos la mereka akan mula meminati kurma, bak kata orang coklat dan kanak-kanak sukar untuk dipisahkan ye tak? dan sememangya pengalaman berbuka puasa dengan kurma bersalu coklat ni merupakan pengalaman yang terindah bagi insan yang berpuasa. haha

Dan yang pastinya untuk menghasilkannya, of kos la menelan kos juga, untuk kurma yang baik dan berkualiti pon agak mahal la jugak ditambah lagi dengan coklat yang ada. Dan yang penting ianya sesuatu yang pelik mungkin sesiapa saja akan mencubanya. so korang cari je la resepi die dan cuba, ok!. ehem ianya lebih kurang macam strawberry bersalut coklat jugak.

Kat bawah ni gambar kurma bersalut coklat untuk tatapan korang...meow....hehe


wow!!
Yang best, ada badam dalam die


ni nampak macam nak jual ni
betul-betul coklat

p/s Amacam? berasa teruja??? hhehe so cubalah buat....

Apa yang Hitam Pada Hari ini Part 1

Sudahlah hitam, duduk pulak dalam suasan gelap yang mmg dah hitam

Assalamualaikum dari sihitam, hari ni secara santainya sihitam ada beberapa keping gambar yang hendak dipertontonkan pada korang. Apa yang hitam? sihitam sememangnya sudah hitam. tp sihitam ni adalah hitam yang menawan hehe. Untuk pengetahuan orang, entry yang macam ni sihitam akan saji kan untuk korang seminggu sekali je kot sbb x kan hari-hari korang nak tengok kehitaman kan nanti hitam kepala korang nnt. Tengok macam gambar kat atas tu, mcm x de masa depan je sihitam tngok hehe


 Kata orang biar hitam asalkan bergaya, macam kereta yang ada kat atas tu. hitam-hitam pon style apa, kacak dan bergaya. Tapi hitam ni panas, sanggup ke korang hehe


Kata orang biar hitam asalkan kaya, nampak x atas tu? tu lah emas hitam ataupun Black Gold atau nama lainnya adalah petroleum. Harga emas hitam ni sentiasa akan naik dan makin mahal dan mahal. Kalo sumbernye dah habis? ha nak jalan pakai apa kita? semua menda lumpuh, ekonomi lumpuh,perhubungan lumpuh,industri lumpuh dan semuanya akan lumpuh. So menda hitam ni jugak lah yg kite cari ye..hehe


Bak kata orang, biar kulit hitam asal mulia, mcm tulisan pada baju tu "glorious". sebenarnya warna kulit bukanlah pengukur kemuliaan. Kalo kita mulia disisi manusia tapi hina disisi tuhan, nak buat apa kan. semuanya x berguna pon. Apa yang penting hati mesti mau bersih bukannya hitam seperti hitamnya kulit sihitam ni.



Akhir sekali, kepada adik2 kat luar sana jangan nakal2 ye....jadilah mcm patung kat atas tu, innocent je...hehhee besar2 jadi insan yang berguna pada masyarakat...

p/s : harap korang enjoy dengan entry kedua sihitam ni, ni la entry kedua sihitam semenjak blog Sehitam Kucing ni muncul..hehe















Thursday 11 August 2011

Salam Pembuka Bicara Dari Sehitam Kucing


Salam pembuka bicara daripada saya "si hitam". Ehem2 ini kali pertama sihitam memunculkan diri dalam arena blogging bagi blog ni. Sihitam sebelum ni pernah muncul menulis sebuah blog milik peribadi Akan tetapi kali ini sihitam muncul berblogging dengan lebih serius lagi. 

Blog ini ditubuhkan bukanlah bertujuan untuk mempromosi seekor kucing seperti mana yang kengkorang lihat diatas, tapi ianya hanyalah sebagai identiti sebuah blog ini dan semestinya saya akan memberikan anda informasi dan hiburan supaya korang x kan rasa jemu di masa akan datang.

Hehe hitam bukan sebarang hitam, biar hitam pada luarannya tapi hati nurani mesti bersih, betul x?. Dengan bertemakan hitam dan putih maka semestinya itulah tema yang tepat dan sesuai dengan nama blog ini. sehitam kucing.

Kepada para blogger dan pembaca harap anda dapat membantu sihitam dalam membangunkan blog ni agar setanding dan sejajar dengan blog lain.yang pastinya x banyak kucing hitam di luar sana yang pandai berblogging macam sihitam ni hehehe. Hiburan ringan, informasi, karya kreatif, motivasi dan kesedaran isu semasa tentang kucing (ops ttg kucing? heheh) dan gambar yang menarik akan sihitam sajikan untuk anda....

Itu sahaja daripada sihitam kali ni...sekian Assalamualaikum

Kat bawah ni ada sedikit gambar untuk tatapan kengkorang yang sudi membaca first entry dari sihitam ni hehhee mintak tunjuk ajar k......jika x keberatan, sila nyatakan pandangan pertama korang tentang blog ni....:)

Tatapan istimewa daripada kucing hitam untuk korang


Manja-manja si kucing hitam,