Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday 16 August 2011

Dimana Semangat Patriotik kita?


Hari berganti hari tahun berganti tahun, akhirnya tidak lama lagi genaplah kemerdekaan negara kita yang ke-54 pada tahun 2011. Sihitam berasa sungguh bersyukur hidup di negara yang aman dan makmur ini. Tidak seperti negara lain, yang suasana dan keadaan disana penuh pertumpahan darah dan kacau bilau. Kita patut bersyukur.

Cuba kita renungkan, menjelangnya bulan kemerdekaan pada tahun ini, berapa ramaikah rakyat Malaysia yang memasang bendera jalur gemilang di kereta ataupun menggantungkannya di rumah? boleh dibilang dengan jari, malah boleh dikatakan tidak ada lansung. Nampaknya semangat patriotik yang ada dalam rakyat malaysia kini tidak setebal dulu yang mana kita dapat rasakan suasananya. Setiap kali musim kemerdekaan kita dapat rasakan kemeriahannya pada masa itu.

Megah Berdiri si jalur Gemilang

Pada pandangan sihitam, jangankan hendak menampal bendera, ada yang x tahu kemerdekaan yang disambut pada tahun ini adalah yang keberapa? kalau itu pun x tahu, apatah lagi mengenai sejarah kemerdekaan dan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan. Malah lebih malang lagi ada yang malu menjadi rakyat Malaysia. Spesis ni patut dihalau dari negara ni, bagi sihitam la. Sehitam-hitam kucing pon bersyukur jadi rakyat Malaysia.

Kita patut bersyukur dan menghargai usaha pejuang-pejuang kemerdekaan zaman dulu-dulu, tanpa mereka, kita takkan berada sepertimana kita berada sekarang. Betapa mereka sanggup mengorbankan diri demi melihat anak cucu mereka mengecapi keamanan seperti apa yang kita rasa sekarang.

Dari kiri Haji abdul hamid hamzah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan leftenan  Adnan

Kalau nak diceritakan, terlalu ramai tokoh-tokoh atau pejuang kemerdekaan yang bangun menentang penjajah, samaada korang kenal atau tidak gambar diatas tu. Dari yang kita kenal hinggalah orang-orang biasa tanpa nama yang berjuang menentang penjajah. Semangat waja seperti inilah yang kita mahukan. Bukan macam bebudak sekarang, kalau berjuang pon, berjuang demi merebut pasangan..ini lansung x boleh pakai kalau macam tu.


Terlalu ramai yang terkorban dalam misi berjuang menentang musuh, sihitam berasa bangga mempunyai pahlawan seperti mereka. Nama dan perjuangan mereka dikenang dan diabadikan di tugu kat atas tu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka. korang patut malu sebab kucing hitam macam sihitam ni pon reti dan mengerti apa itu semangat patriotik dan kemerdekaan.


Ayuh kita sama-sama mengibarkan jalur gemilang dan tanamkan semangat cintakan negara, kita perlu bersatu, kita perlu berasa sensitif apabila maruah dan kedaulatan negara kita dipijak. Negara ini akan jadi cemerlang, gemilang dan terbilang dengan usaha kita semua..Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 pada 31 ogos ini.

p/s Tahun ni cantik, Ramadhan kena pada bulan ogos, 1 ogos bersamaan 1 Ramadhan....hehehe

No comments:

Post a Comment