Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday 15 August 2011

Bazar Ramadhan Lubuk Rezki


 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Sehitam Kucing. Sudah 15 hari kita berpuasa, sudah setengah bulan juga kita berpuasa. Di bulan yang penuh barakah ini, terdapat seribu rahmat dan keberkatan daripada tuhan yang esa antaranya Doa kita mustajab dan diberi ganjaran pahala yang berganda buat yang beramal di bulan ini.

Sebut tentang berpuasa pastinya pelbagai juadah yang muncul dan timbul dibulan ramadhan ni dan banyak pula yang mengambil kesempatan untuk menambah pendapatan dengan berniaga dan sememangnya ianya sangat menguntungkan. Buat peniaga dan pembeli, pastinya target mereka adalah di bazar Ramadhan untuk menjual dan membeli juadah berbuka puasa masing-masing

Bagi Sihitam pastinya status bujang sihitam ni memaksa sihitam untuk membeli juadah berbuka puasa dan sememangnya pelbagai gerai dan jenis makanan dapat kita beli disitu. Bagi sihitam boleh dikatakan peniaga memperolehi keuntungan berganda daripada hasil perniagaan di bazar. Bayangkan ratusan manusia berkunjung dan membeli di bazar pada setiap hari, malah suasana di bazar x pernah lengang daripada kunjungan manusia.


Boleh dikatakan tidak rugi lah jugak bagi peniaga mengeluarkan kos untuk membuat dan memaparkan banner bagi perniagaan masing-masing, selain ianya menampakkan tahap kesungguhan peniaga untuk berniaga dan sedikit sebanyak memberikan tarikan dan minat bagi pembeli untuk membeli makanan yang dijual mereka. Sihitam berasa yakin dan tertarik dengan gerai yang memasang banner untuk perniagaan mereka.

Apapun untuk si bujang macam sihitam ni, makan bazar adalah destinasi yang tepat untuk sihitam, masing-masing dapat rezki. Sihitam dapat makanan dan peniaga dapat keuntungan. Hehe apapun memang tepatlah bazar ramadhan merupakan sumber rezki terbesar bagi peniaga di bulan Ramadhan. 

Bawah ni gambar banner yang membuatkan peniaga kelihatan profesional dan bersungguh-sungguh.




P/s korang rajin ke bazar x??




No comments:

Post a Comment